Skip to content

Seksyen 17

Peruntukan peralihan

of Peraturan-Peraturan Makanan Haiwan (Pembuatan dan Penjualan Makanan Haiwan atau Bahan Tambahan Makanan Haiwan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 17 of 17
Seksyen 17

(1)

Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, sedang membuat atau menjual makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dan berhasrat untuk terus membuat atau menjual makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, memohon untuk berdaftar di bawah peraturan 3.

(2)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subperaturan (1)

Lembaga hendaklah mengeluarkan pengakuterimaan kepada orang itu.

(3)

Apabila sesuatu permohonan bagi pendaftaran ditolak, Lembaga hendaklah menghantar suatu notis kepada pemohon memberitahu pemohon mengenai penolakan itu dan notis itu hendaklah juga mengarahkan pemohon untuk memberhentikan pembuatan atau penjualan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) yang terkilan dengan keputusan Lembaga untuk enggan meluluskan suatu pendaftaran bagi membuat atau menjual makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan boleh merayu kepada Menteri dengan cara yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keengganan tersebut.

(5)

Mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) boleh terus mengusahakan aktiviti itu sementara menunggu penentuan permohonannya untuk mendaftar atau rayuannya kepada Menteri.

10