Seksyen 5
Penarikan balik, penolakan dan kajian semula keputusan Suruhanjaya
of Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Industri Skim Persaraan Swasta) (Fi) 2012
(1)
Jika mana-mana permohonan atau pendaftaran ditarik balik—
(a)
sebelum Suruhanjaya memulakan kerja terhadap permohonan atau pendaftaran, amaun penuh fi yang telah dibayar berkenaan dengan permohonan atau pendaftaran itu boleh dibayar balik oleh
Suruhanjaya; atau
(b)
selepas Suruhanjaya memulakan kerja terhadap permohonan atau pendaftaran, amaun penuh fi yang kena dibayar berkenaan dengan permohonan atau pendaftaran itu hendaklah kena dibayar kepada
Suruhanjaya.
(2)
Jika suatu permohonan atau pendaftaran ditolak atau dikembalikan oleh
Suruhanjaya, amaun penuh fi yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah kena dibayar kepada Suruhanjaya.
P.U. (A) 211 4
(3)
Jika suatu permohonan telah dibuat untuk kajian semula keputusan
Suruhanjaya, tiada fi yang kena dibayar bagi permohonan itu.