Seksyen 20
Penggantian peraturan 47
of Peraturan-Peraturan Pegawai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2017
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 47 dengan peraturan yang berikut:
“Penurunan gaji 47.
(1)
Tiap-tiap hukuman penurunan gaji yang dijatuhkan ke atas pegawai hendaklah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji; dan
(b)
tempoh hukuman yang dijatuhkan itu tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh melebihi tiga puluh enam bulan pada mana-mana satu masa.
(2)
Tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang dijatuhkan ke atasnya hukuman penurunan gaji hendaklah sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak berkuasa tatatertib.”.
Pindaan peraturan 49