Skip to content

Seksyen 14

Kewajipan menyimpan dan menyenggara rekod pembayaran

of Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2012

P.U. (A)In forceProvision 14 of 16
Seksyen 14

(1)

Penjual atau pemberi kemudahan kredit hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod pembayaran bagi tiap-tiap perjanjian jualan kredit dan rekod itu hendaklah dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

(2)

Pembeli boleh memohon rekod pembayaran daripada penjual atau pemberi kemudahan kredit pada bila-bila masa untuk memeriksa amaun atau jumlah baki pembayaran.

(3)

Penjual atau pemberi kemudahan kredit apabila menerima permohonan rekod pembayaran yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah memberikan rekod pembayaran itu kepada pembeli dalam tempoh masa yang munasabah.