Skip to content

Seksyen 2

Penepian fi

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi Kepada Pelatih di Pusat Bertauliah) 2016

P.U. (A)In forceProvision 2 of 3
Seksyen 2

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), fi yang ditetapkan dalam butiran 3(a)(i) Jadual kepada Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran

Kebangsaan (Fi dan Caj) 2006 [P.U. (A) 409/2006] diketepikan berkenaan dengan seseorang pelatih yang memohon bagi pengiktirafan kemahiran yang membawa kepada anugerah Sijil Kemahiran Malaysia melalui pusat bertauliah sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual.

(2)

Penepian fi di bawah subperaturan (1) terpakai bagi permohonan pengiktirafan kemahiran yang dibuat dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual.