Skip to content

Seksyen 13

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No. 2) 2021

P.U. (A)In forceProvision 13 of 17

Seksyen 13

(1)

Bagi maksud untuk mencegah dan mengawal merebaknya

Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di tempat kerja, seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan mana-mana majikan yang mengambil kerja seseorang pekerja asing supaya menyebabkan pekerja asing itu menjalani ujian pengesanan

Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), dan majikan itu hendaklah menanggung fi, kos atau caj bagi ujian itu.

P.U. (A) 21 10

(2)

Bagi maksud peraturan ini, “pekerja asing” ertinya pemegang

Pas Lawatan (Kerja Sementara) yang dikeluarkan di bawah peraturan 11

Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [F.L.N. 228/1963].