Skip to content

Seksyen 8

Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 8) 2020

P.U. (A)In forceProvision 8 of 12
Seksyen 8

(1)

Pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik, atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen, yang memasuki

Malaysia dari luar negara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia di mana-mana pintu masuk sebelum mendapatkan pelepasan imigresen, atau di mana-mana tempat lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mematuhi apa-apa arahan seseorang pegawai diberi kuasa.

P.U. (A) 254 4

(3)

Jika mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan (1) diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah, orang itu hendaklah memakai gelang tangan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa.