Skip to content

Seksyen 7

Kawalan berhimpun

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik) 2022

P.U. (A)In forceProvision 7 of 11
Seksyen 7

(1)

Tiada seorang pun boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, berhimpun atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan di dalam mana-mana premis di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, berhimpun atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan tertakluk kepada apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Apa-apa arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah subperaturan

(2)

hendaklah disiarkan dalam laman sesawang

Majlis Keselamatan Negara.