Seksyen 107
Pemeriksaan makanan
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015
P.U. (A)In forceProvision 107 of 158
Seksyen 107
(1)
Pegawai yang Menjaga hendaklah memastikan bahawa makanan adalah berkualiti baik dan tiap-tiap orang tahanan menerima rangsum yang dia layak menerima berdasarkan undang-undang dan tiada menyimpang daripada skala diet yang ditetapkan adalah dibenarkan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada
Pegawai Perubatan.
(2)
Pegawai yang Menjaga hendaklah, daripada semasa ke semasa, melawat orang tahanan semasa waktu makan mereka dan hendaklah menyiasat apa-apa aduan yang mungkin dibuat kepadanya berkaitan rangsum.
P.U. (A) 206 60