Skip to content

Seksyen 48

Peruntukan minimum yang biasa pada surat khas dan lawatan khas

of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Orang Tahanan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 48 of 158
Seksyen 48

(1)

Apabila diterima masuk, orang tahanan boleh menulis surat kepada keluarga atau penasihat undang-undangnya dan menerima satu lawatan.

(2)

Apabila dipindahkan, orang tahanan boleh menulis surat kepada keluarganya memaklumkan tentang perpindahannya.

(3)

Lawatan dan surat hendaklah diberikan mengikut Peringkat seperti yang berikut:

(a)

orang tahanan dalam Peringkat Pertama boleh menulis surat sekali dalam seminggu dan mendapat satu lawatan tiap-tiap empat minggu atau menulis surat tambahan sebagai ganti jika tiada menerima lawatan;

(b)

orang tahanan dalam Peringkat Kedua boleh menulis surat sekali dalam seminggu dan mendapat satu lawatan tiap-tiap tiga minggu atau menulis surat tambahan sebagai ganti jika tiada menerima lawatan;

P.U. (A) 206 31

(c)

orang tahanan dalam Peringkat Ketiga boleh menulis surat sekali dalam seminggu dan mendapat satu lawatan tiap-tiap dua minggu atau menulis surat tambahan sebagai ganti jika tiada menerima lawatan; dan

(d)

orang tahanan dalam Peringkat Keempat boleh menulis sekali dalam seminggu dan mendapat satu lawatan tiap-tiap minggu atau menulis surat tambahan sebagai ganti jika tiada menerima lawatan.

(4)

Apa-apa lawatan atau perhubungan lain tidak boleh dibenarkan tanpa perintah bertulis daripada Pegawai yang Menjaga.