Seksyen 12
Laporan Lembaga Penasihat
of Peraturan-Peraturan Pencegahan Keganasan (Tatacara Lembaga Penasihat) 2015
(1)
Apabila mana-mana orang tahanan membuat representasi di bawah
Peraturan-Peraturan ini kepada Lembaga Penasihat, Lembaga Penasihat hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan representasi itu, atau dalam tempoh yang lebih panjang yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong.
(2)
Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah peraturan ini,
Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan Lembaga apa-apa arahan, sebagaimana yang difikirkannya patut berkenaan dengan perintah yang dibuat oleh Lembaga dan setiap keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.
9