Seksyen 16
Penyimpanan barangan mudah terbakar dan barangan berbahaya
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016
(1)
Tiada pengendali aerodrom boleh menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan apa-apa barangan mudah terbakar atau barangan berbahaya di suatu aerodrom kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah.
(2)
Bagi maksud peraturan ini, “barangan berbahaya” ertinya artikel atau bahan yang—
(a)
boleh mendatangkan apa-apa risiko kepada kesihatan, keselamatan, harta benda atau alam sekitar; dan
P.U. (A) 98 20
(b)
disenaraikan atau dikelaskan sebagai barangan berbahaya dalam
Arahan-Arahan Teknikal bagi Pengangkutan Barangan Berbahaya
Melalui Udara (Dok 9284), diluluskan dan dikeluarkan mengikut tatacara yang diadakan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam
Antarabangsa (ICAO).