Skip to content

Seksyen 10

Pembaharuan lesen

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengusahaan atau Penyediaan Perkhidmatan Pemungutan bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian) 2018

P.U. (A)In forceProvision 10 of 11
Seksyen 10

(1)

Seseorang pemegang lesen boleh memohon untuk pembaharuan lesen kepada Ketua Pengarah mengikut seksyen 26 Akta.

(2)

Permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subperaturan (1)

hendaklah disertakan dengan fi pemprosesan yang dinyatakan dalam peraturan 8.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah, atas syor Perbadanan, dan apabila dibayar fi lesen yang dinyatakan dalam peraturan 9, membaharui lesen sedia ada bagi tempoh yang dinyatakan dalam peraturan 7.

(4)

Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk tidak membaharui lesen itu, dia hendaklah memberitahu pemegang lesen dengan secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keputusan itu dan sebab bagi keputusannya.