Skip to content

Seksyen 55

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015

P.U. (A)In forceProvision 50 of 66

Seksyen 55

(1)

Bagi maksud Bahagian ini, “kebocoran antara tingkat” ertinya apa-apa keterangan mengenai kebasahan, kelembapan atau penembusan air—

(a)

pada siling yang membentuk sebahagian daripada bahagian dalaman petak, harta bersama atau harta bersama terhad, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan; atau

(b)

pada mana-mana bahan hiasan, termasuk plaster, panel atau papan gipsum yang dilekatkan, direkatkan, diletakkan atau dipasang pada siling yang membentuk sebahagian daripada bahagian dalaman petak, harta bersama atau harta bersama terhad, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan.

P.U. (A) 107 39

(2)

Bagi maksud Bahagian XV Peraturan-Peraturan ini, petak termasuklah petak aksesori yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan berhubung dengan petak.