Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015
“Akta” ertinya Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757];
“Daftar” ertinya Daftar Tribunal Pengurusan Strata;
“Penolong Setiausaha” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 104 Akta untuk menjalankan fungsi dan kewajipan Setiausaha secara kolektif;
“Presiden” ertinya mana-mana anggota Tribunal yang mempengerusikan apa-apa prosiding berkenaan dengan apa-apa tuntutan yang dibawa di hadapan
Tribunal;
P.U. (A) 103 7
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Tribunal yang dilantik di bawah seksyen 104
Akta dan termasuklah Penolong Setiausaha; dan
“Tribunal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta.