Skip to content

Seksyen 3

Penentuan dan pengelasan aset bagi akaun pelaburan dan penggunaan hasil pelupusan aset

of Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Aturan Keutamaan bagi Pembayaran Kategori yang Berlainan bagi Deposit Islam, Penentuan dan Pengelasan Aset dan Penggunaan Hasil Pelupusan Aset dalam Penggulungan Anggota Penerima Deposit) 2017

P.U. (A)In forceProvision 3 of 3
Seksyen 3
(1)

Walau apa pun subseksyen 527(1) Akta Syarikat 2016 [Akta 777], dalam penggulungan suatu anggota penerima deposit yang telah diluluskan di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan

Islam atau suatu anggota penerima deposit yang merupakan suatu bank Islam di dalam atau di luar Malaysia, hasil jualan pelupusan aset akaun pelaburan hendaklah digunakan dalam aturan yang berikut:

(a)

untuk membayar kos dan perbelanjaan penggulungan yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(a) Akta Syarikat 2016 yang dibelanjakan secara langsung dalam menyelesaikan aset akaun pelaburan itu;

(b)

untuk membayar cukai yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(f)

Akta Syarikat 2016 yang berpunca daripada akaun pelaburan itu;

(c)

untuk membayar kos atau perbelanjaan akaun pelaburan itu yang belum dijelaskan;

(d)

untuk membayar keuntungan, fi, perolehan atau saraan lain yang kena dibayar kepada anggota penerima deposit itu; dan

(e)

untuk memenuhi liabiliti pemegang akaun pelaburan.

(2)

Bagi maksud peraturan ini, “akaun pelaburan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

4

Dibuat 11 April 2017

[PIDM/PN/01/2017; PN(PU2)689/IV]

Diluluskan 18 April 2017

[KK/SID/(S)/9/564/669/5(SK.4); PN(PU2)689/IV]

[Akan dibentang di hadapan

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 209(4)

Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011]

TAN SRI DATUK DR. ABDUL SAMAD HAJI ALIAS

Pengerusi

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Kewangan Kedua

5

MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011

MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION

(ORDER OF PRIORITY FOR PAYMENTS OF DIFFERENT CATEGORIES OF ISLAMIC

DEPOSITS, DETERMINATION AND CLASSIFICATION OF ASSETS AND APPLICATION OF

DISPOSAL PROCEEDS OF ASSETS IN THE WINDING UP OF

DEPOSIT-TAKING MEMBER) REGULATIONS 2017