Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (SISTEM LEVI BERBEZA BERKENAAN DENGAN ANGGOTA PENANGGUNG INSURANS) (PINDAAN) 2026

Seksyen 5

Penggantian Jadual

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan Jadual dengan jadual yang berikut:

“JADUAL

[Peraturan 3 dan 4]

Tafsiran 1.

Dalam Jadual ini, “asas pengiraan levi” ertinya asas bagi pengiraan levi yang terpakai bagi suatu anggota penanggung insurans yang ditetapkan dalam Perintah

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Asas bagi Pengiraan Levi Pertama dan Levi

Tahunan berkenaan dengan Anggota Penanggung Insurans) 2023 [P.U. (A) 223/2023].

Kriteria pentaksiran keseluruhan bagi anggota penanggung insurans 2.

Dalam pentaksiran keseluruhan suatu anggota penanggung insurans bagi maksud levi, Perbadanan hendaklah mengambil kira komponen keselamatan dan kekukuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3 dan komponen berpusatkan resolusi sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 4, apabila—

(a)

komponen keselamatan dan kekukuhan digunakan untuk menentukan kategori levi yang terpakai bagi anggota penanggung insurans itu, yang selepas itu akan menentukan kadar levi dan amaun levi kasar anggota penanggung insurans itu; dan

(b)

komponen berpusatkan resolusi digunakan untuk menentukan amaun levi yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans itu dalam suatu tahun taksiran dengan menolak daripada amaun levi kasar, deduktibel sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 4.

Komponen keselamatan dan kekukuhan 3.

(1)

Pentaksiran komponen keselamatan dan kekukuhan bagi suatu anggota penanggung insurans hendaklah berdasarkan taraf pengawasan anggota penanggung insurans itu.

(2)

Jika taraf pengawasan suatu anggota penanggung insurans dalam suatu tahun taksiran adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1), anggota penanggung insurans itu hendaklah diklasifikasikan dalam kategori levi sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2) seperti yang berikut:

(1)

Taraf pengawasan

(2)

Kategori levi

Penarafan 1 atau rendah atau yang setara 1

Penarafan 2 atau sederhana atau yang setara 2

Penarafan 3 atau lebih daripada sederhana atau yang setara 3

Penarafan 4 atau tinggi atau yang setara 4

(3)

Kadar levi yang terpakai berdasarkan kategori levi suatu anggota penanggung insurans hendaklah didarabkan dengan asas pengiraan levi yang terpakai bagi anggota penanggung insurans itu untuk memperoleh amaun levi kasar anggota penanggung insurans itu bagi suatu tahun taksiran.

P.U. (A) 60 5

Komponen berpusatkan resolusi 4.

(1)

Levi yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans bagi suatu tahun taksiran hendaklah ditentukan dengan menolak daripada amaun levi kasar, deduktibel dalam bentuk perbelanjaan berkelayakan berkaitan keupayaan resolusi seperti yang ditanggung oleh anggota penanggung insurans itu pada tahun taksiran sebelumnya.

(2)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subperenggan (1) hendaklah tidak melebihi tiga puluh peratus daripada amaun levi kasar anggota penanggung insurans itu dalam tahun taksiran itu.

(3)

Perbelanjaan berkelayakan berkaitan keupayaan resolusi yang disebut di bawah subperenggan (1) hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dalam garis panduan berkenaan dengan sistem levi berbeza yang dikeluarkan oleh

Perbadanan dari semasa ke semasa.

Klasifikasi dan pemarkahan anggota penanggung insurans 5.

(1)

Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Peraturan-Peraturan ini, suatu anggota penanggung insurans, selain suatu anggota penanggung insurans yang disebut dalam subperenggan (3), hendaklah diklasifikasikan dalam kategori levi 1

bagi komponen keselamatan dan kekukuhan dalam suatu tahun taksiran jika—

(a)

anggota penanggung insurans itu tidak dibenarkan untuk memulakan operasi dalam tahun taksiran sebelumnya; atau

(b)

taraf pengawasan pertama tidak tersedia pada tarikh akhir anggota penanggung insurans itu dikehendaki untuk mengemukakan maklumat yang disebut dalam peraturan 3 dalam tahun taksiran itu.

(2)

Suatu anggota penanggung insurans yang disebut dalam subperenggan (1)

tidak dikehendaki untuk mengemukakan kepada Perbadanan maklumat yang disebut dalam peraturan 3 dalam suatu tahun taksiran jika anggota penanggung insurans itu

P.U. (A) 60 6

tidak mempunyai apa-apa perbelanjaan berkelayakan berkaitan keupayaan resolusi yang ditanggung dalam tahun taksiran sebelumnya.

(3)

Subperenggan (1) tidak terpakai bagi suatu anggota penanggung insurans jika—

(a)

anggota penanggung insurans itu telah beroperasi dan menjalankan perniagaan insurans atau takaful bagi tempoh minimum dua tahun sebelum anggota penanggung insurans itu menjadi suatu anggota penanggung insurans di bawah Akta; atau

(b)

perniagaan satu atau lebih pihak pemindah dipindahkan kepada anggota penanggung insurans itu di bawah suatu skim pemindahan perniagaan dalam tahun taksiran yang mana anggota penanggung insurans itu menjadi suatu anggota penanggung insurans di bawah Akta.

(4)

Suatu anggota penanggung insurans yang disebut dalam subperenggan (3)

hendaklah diklasifikasikan dalam kategori levi 3 bagi komponen keselamatan dan kekukuhan dalam suatu tahun taksiran jika taraf pengawasan pertama tidak tersedia pada tarikh akhir anggota penanggung insurans itu dikehendaki untuk mengemukakan maklumat yang disebut dalam peraturan 3 dalam tahun taksiran itu.

Maklumat tidak mencukupi