Skip to content

Seksyen 4

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Peraturan-Peraturan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2018

P.U. (A)In forceProvision 4 of 52
Seksyen 4

“Jawatankuasa Kenaikan Pangkat” ertinya Jawatankuasa yang dilantik oleh

Perbadanan di bawah seksyen 17 Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Malaysia 1995 untuk mengesyorkan kenaikan pangkat seseorang pegawai Perbadanan;

“kenaikan pangkat” ertinya peningkatan secara hakiki daripada satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan Perbadanan dengan kelulusan

Perbadanan;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 25 Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Malaysia 1995;

“lantikan terus” ertinya pelantikan di gred naik pangkat dalam perkhidmatan

Perbadanan;

“pegawai” ertinya pegawai yang dilantik mengikut perkhidmatan Perbadanan secara tetap, kontrak atau sementara;

“pelantikan” ertinya pelantikan ke dalam perkhidmatan Perbadanan oleh

Perbadanan secara tetap, kontrak atau sementara, termasuklah pelantikan kali pertama dan pelantikan seseorang pegawai yang dipinjamkan daripada mana-mana perkhidmatan awam, pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia;

“peminjaman” ertinya pelantikan—

(a)

seseorang pegawai ke mana-mana perkhidmatan awam, pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia; atau

P.U. (A) 85 8

(b)

seseorang pegawai mana-mana perkhidmatan awam, pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia ke Perbadanan, untuk tempoh masa tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai itu dengan perkhidmatan hakikinya;

“penanggungan kerja” berhubung dengan pegawai Perbadanan, ertinya melaksanakan tugas, di samping tugasnya sendiri bagi suatu tempoh yang dinyatakan, suatu jawatan lain yang diluluskan oleh Perbadanan;

“pengamal perubatan berdaftar” ertinya pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];

“perkhidmatan awam” ertinya perkhidmatan awam menurut Fasal (1)

Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan;

“perkhidmatan Perbadanan” ertinya perkhidmatan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia;

“tapisan keselamatan” ertinya apa-apa tapisan berhubung dengan keselamatan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.