Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERDAGANGAN STRATEGIK (PENYAHSENARAIAN PENGGUNA AKHIR TERLARANG) 2014
Seksyen 3
Petisyen penyahsenaraian 3.
(1)
Seseorang yang ditetapkan yang berada di Malaysia boleh meminta supaya namanya dinyah senarai daripada Jadual sebagai pengguna akhir terlarang dengan mengemukakan petisyen kepada Menteri.
(2)
Petisyen di bawah subperaturan (1) hendaklah—
(a)
dalam bentuk yang ditentukan oleh Menteri;
(b)
mengandungi butiran mengenai pempetisyen dan sebab bagi penyahsenaraian; dan
(c)
disokong dengan dokumen yang berkaitan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Menteri.
(3)
Menteri boleh, pada bila-bila masa selepas menerima petisyen di bawah subperaturan (1), menghendaki pempetisyen untuk menyediakan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh yang dinyatakan oleh
Menteri.
(4)
Jika dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subperaturan (3) tidak disediakan oleh pempetisyen dalam tempoh yang dinyatakan atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Menteri, petisyen itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan hendaklah tidak boleh lagi diteruskan, tanpa menjejaskan petisyen baru yang dikemukakan oleh pempetisyen.
(5)
Menteri hendaklah, setelah menimbangkan petisyen di bawah subperaturan (1) dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan di bawah subperaturan (3), jika ada, memutuskan sama ada pempetisyen tidak lagi memenuhi kriteria bagi penyenaraian dalam apa-apa sanksi yang berkaitan dengan percambahan
P.U. (A) 289 4
senjata pemusnah besar-besaran yang dikenakan menurut keputusan Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
(6)
Jika Menteri memutuskan bahawa pempetisyen tidak lagi memenuhi kriteria bagi penyenaraian dalam apa-apa sanksi yang berkaitan dengan percambahan senjata pemusnah besar-besaran yang dikenakan menurut keputusan Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Menteri hendaklah mengemukakan petisyen itu kepada Jawatankuasa Majlis Keselamatan bagi keputusan Jawatankuasa
Majlis Keselamatan mengikut cara yang ditentukan oleh Jawatankuasa Majlis
Keselamatan.
(7)
Keputusan
Menteri untuk mengemukakan atau enggan untuk mengemukakan petisyen kepada Jawatankuasa Majlis Keselamatan di bawah subperaturan (6) hendaklah disampaikan kepada pempetisyen.
(8)
Keengganan
Menteri untuk mengemukakan petisyen kepada
Jawatankuasa Majlis Keselamatan di bawah Peraturan-Peraturan ini tidak menghalang pempetisyen menggunakan apa-apa cara lain bagi maksud penyahsenaraian namanya daripada Jadual, sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan.
(9)
Jika Jawatankuasa Majlis Keselamatan memutuskan bahawa pempetisyen tidak lagi memenuhi kriteria bagi penyenaraian dalam apa-apa sanksi yang berkaitan dengan percambahan senjata pemusnah besar-besaran yang dikenakan menurut keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Menteri hendaklah melaksanakan keputusan Jawatankuasa Majlis Keselamatan itu dan menyah senarai pempetisyen daripada Jadual.
(10)
Menteri hendaklah menyampaikan kepada pempetisyen apa-apa keputusan Jawatankuasa Majlis Keselamatan berkenaan dengan petisyen itu.
P.U. (A) 289 5
Rundingan dan kerjasama