Seksyen 4
Peraturan 12 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
of Peraturan-Peraturan Perdagangan Strategik (Pindaan) 2025
P.U. (A)In forceProvision 4 of 6
Seksyen 4
(a)
dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(2A) Walau apa pun subperaturan (2), Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, dalam mana-mana hal tertentu, membenarkan suatu permohonan bagi permit pukal atau permit kegunaan pelbagai kali dibuat berkenaan dengan barang tidak tersenarai tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan.”; dan
(b)
dalam subperaturan (5), dengan memasukkan selepas perkataan
“barang strategik” perkataan “atau barang tidak tersenarai”.
4