Seksyen 2
Kategori orang kompeten
of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Orang Kompeten dan Kontraktor Keselamatan Kebakaran) 2026
P.U. (A)In forceProvision 2 of 8
Seksyen 2
(1)
Mana-mana orang yang didaftarkan untuk menjadi orang kompeten di bawah Akta boleh dikategorikan seperti yang berikut:
(a)
kategori mekanikal atau elektrikal;
(b)
kategori awam atau struktur; atau
(c)
kategori pemasangan tetap atau mudah alih.
(2)
Orang kompeten yang dikategorikan mengikut kategori di bawah subperaturan (1) hendaklah memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
P.U. (A) 39 3