Skip to content

Seksyen 2

Pelantikan Pegawai Bomba Sukarela

of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Pegawai Bomba Sukarela dan Pasukan Bomba Sukarela) 2026

P.U. (A)In forceProvision 2 of 4
Seksyen 2

Mana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk dilantik sebagai Pegawai Bomba Sukarela, tertakluk kepada syarat sebagaimana yang berikut:

(a)

dia merupakan seorang warganegara Malaysia;

(b)

dia sekurang-kurangnya berumur lapan belas tahun pada tarikh permohonan; dan

(c)

dia diperakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].