Skip to content

Seksyen 27

Kewajipan melapor

of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Kuarantin dan Pemeriksaan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 27 of 30
Seksyen 27

(1)

Tiap-tiap pemunya premis kuarantin hendaklah mengemukakan laporan atau apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah berhubung dengan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang dikuarantinkan.

P.U. (A) 116 18

(2)

Jika pemunya premis kuarantin mendapati bahawa sesuatu tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma itu mengandungi, mempunyai atau dijangkiti apa-apa perosak atau penyakit, dia hendaklah melaporkan penemuan itu kepada Ketua Pengarah dengan serta-merta.