Skip to content

Seksyen 3

Permohonan dan kelulusan pendaftaran

of Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Pendaftaran Pengimport, Pengeksport dan Ejen) 2013

P.U. (A)In forceProvision 3 of 6
Seksyen 3

(1)

Seorang pemohon hendaklah membuat suatu permohonan pendaftaran sebagai pengimport, pengeksport atau ejen tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Ketua

Pengarah boleh, selepas menerima sesuatu permohonan pendaftaran, menghendaki pemohon untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen lain yang difikirkannya perlu dalam meluluskan permohonan pendaftaran itu.

(3)

Ketua Pengarah boleh memberikan kelulusan secara bertulis kepada mana-mana pemohon yang telah memenuhi syarat pendaftaran.

P.U. (A) 112 3

(4)

Walau apa pun subperaturan (1), mana-mana orang yang telah berdaftar sebagai seorang pengimport, pengeksport atau ejen dengan agensi atau jabatan yang berkaitan hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan sebagai seorang pengimport, pengeksport atau ejen di bawah Peraturan-Peraturan ini.