Seksyen 6
Pembetulan kesilapan dan pengakuterimaan
of Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2024
P.U. (A)In forceProvision 6 of 11
Seksyen 6
(1)
Mana-mana pembekal pasar dalam talian hendaklah—
(a)
menjadikan cara yang sesuai tersedia bagi membolehkan pembeli untuk membetulkan apa-apa kesilapan sebelum atau selepas pengesahan pesanan yang dibuat oleh pembeli; dan
(b)
mengaku terima pesanan kepada pembeli tanpa kelengahan tidak wajar.
P.U. (A) 449 4
(2)
Pesanan dan pengakuterimaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan telah diterima oleh pembekal pasar dalam talian dan pembeli apabila pembekal pasar dalam talian dan pembeli boleh mencapai pesanan dan pengakuterimaan itu.