Skip to content

Seksyen 18

Bantahan tanpa sebab yang munasabah

of Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002

P.U. (A)In forceProvision 18 of 32
Seksyen 18

Jika sesuatu bantahan dibuat dan ditolak oleh Pendaftar dan, pada pendapatnya, bantahan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah, maka Pendaftar boleh, secara bertulis, memerintahkan pembantah supaya membayar orang yang mengenainya bantahan itu dibuat sejumlah wang yang tidak melebihi dua ratus ringgit sebagai pampasan kerana apa-apa kehilangan masa atau apa-apa kesulitan yang ditanggung oleh orang itu akibat daripada bantahan itu.