Skip to content

Seksyen 28

Pendaftar hendaklah atas permohonan—

of Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002

P.U. (A)In forceProvision 29 of 32
Seksyen 28

(a)

memberi mana-mana orang yang dibenarkan oleh

Suruhanjaya Pilihan Raya, salinan mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian daftar pemilih induk dan daftar pemilih tambahan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa selagi ada salinan yang mencukupi setelah ditolak bilangan yang dikehendaki bagi maksud mana-mana pilihan raya setelah dibayar fi sebanyak dua puluh sen bagi setiap muka surat yang mengandungi lima puluh nama atau kurang;

(b)

memberi mana-mana orang yang dibenarkan oleh Suruhanjaya

Pilihan Raya, mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian daftar pemilih induk dan daftar pemilih tambahan bagi setiap kawasan pendaftaran yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa dalam bentuk elektronik setelah dibayar fi sebanyak dua ratus ringgit dan fi tambahan sebanyak dua puluh sen bagi setiap lima puluh nama atau kurang.