Skip to content

Seksyen 6

Susunan nama

of Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002

P.U. (A)In forceProvision 6 of 32
Seksyen 6
(1)

Nama dalam daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan bagi setiap unit pendaftaran hendaklah disusun mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar dan hendaklah dinomborkan mengikut arahan Ketua Pendaftar.

WJW22/0142 P.U.

(A)

293BM.indd 7 2/14/22 8:23 AM

Undang-Undang Malaysia 8

(2)

Nama pengundi tidak hadir atau anggota mana-mana pasukan polis yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia, selain anggota Pasukan

Polis Sukarelawan, yang berhak menjadi pengundi awal di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, hendaklah ditunjukkan dalam suatu senarai yang berasingan bagi pengundi awal di hujung setiap bahagian daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan berkenaan dengan setiap unit pendaftaran yang dalamnya orang itu berkelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih.