Skip to content

Seksyen 3

Pengecualian

of Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) (No. 5) 2000

P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3
(a)

Menteri mengecualikan mana-mana institusi bank daripada pembayaran cukai keuntungan harta tanah berkenaan dengan keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang terakru atas pelupusan segala aset yang boleh dikenakan cukai menurut suatu skim percantuman institusi bank yang disempurnakan antara 24 Oktober 1998 sehingga 31 Ogos 2000.

(b)

Penyempurnaan skim percantuman adalah pada tarikh Bank Negara Malaysia menerima perjanjian jual beli atau perjanjian jual beli bersyarat yang telah ditandatangani oleh institusi bank yang relevan bagi tujuan percantuman.