Seksyen 3
Pengecualian
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 2) 2012
(1)
Menteri mengecualikan mana-mana orang yang bermastautin di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada peruntukan subseksyen 54A(1)
dan (2) Akta dan pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada punca perniagaan kapal Malaysia.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang dinyatakan di bawah subperenggan itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan
Akta.
P.U. (A) 167 3
Dibuat 29 Mei 2012
[Perb.CR(8.09)294/6/4-9CSJ.9(SJ.9)(2012)(SK.5);LHDN.01/12.5/353/64/3-2012();
PN(PU2)80/LXII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 167 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO.2) ORDER 2012