Seksyen 3
Pengecualian
of Perintah Cukai Pendapatan (Sukuk Global Berdaulat 2026) (Pengecualian) 2026
P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3
(1)
Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berhubung dengan laba atau keuntungan yang diperoleh, sebagai ganti faedah, daripada Sukuk Global Berdaulat 2026.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Ketidakpakaian