Seksyen 2
Pengecualian
of Perintah Duti Hiburan (Pengecualian) (No. 8) 2012
(1)
Tiket masuk bagi semua acara perlumbaan kenderaan bermotor dan motosikal yang bertaraf antarabangsa yang dilanjutkan untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa dari 9 September 2010 sehingga 31 Disember 2015 adalah dikecualikan daripada duti hiburan.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1), ungkapan “acara perlumbaan bermotor dan motosikal yang bertaraf antarabangsa” merujuk kepada apa-apa aktiviti perlumbaan kereta dan motosikal yang telah mendapat pengiktirafan daripada
Federation De L Automobil (FIA) dan Federation International De Motocyclisme (FIM).
Dibuat 10 Julai 2012
[Perb.(8.09)248/39/2-1 Vol.11(SK.27); PN(PU2)174/X]
Bagi pihak dan atas nama Menteri Kewangan
SENATOR DATO’ IR DONALD LIM SIANG CHAI
Timbalan Menteri Kewangan
P.U. (A) 301 3
ENTERTAINMENTS DUTY ACT 1953
ENTERTAINMENTS DUTY (EXEMPTION) (NO. 8) ORDER 2012