Seksyen 2
Peremitan
(1)
Menteri meremitkan empat puluh peratus daripada duti setem yang boleh dikenakan atas mana-mana surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang berhubungan dengan pembelian suatu unit komersial di Flagship A
(Johor Bahru Waterfront) atau Flagship B (Iskandar Puteri) yang terletak dalam
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang disempurnakan antara seorang atau lebih individu dengan—
(a)
suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
(b)
suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
(c)
suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
P.U. (A) 272 3
(d)
suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993
[Akta 502];
(e)
Borneo Housing Mortgage Finance Bhd. (Nombor Pendaftaran
Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
[Akta 777]; atau
(f)
Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran
Syarikat: 257663-T) yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016.
(2)
Surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
perjanjian jual beli unit komersial itu disempurnakan antara pemaju dengan seorang atau lebih individu;
(b)
perjanjian jual beli unit komersial itu disempurnakan mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2034;
(c)
perjanjian jual beli unit komersial itu adalah berhubung dengan suatu unit komersial yang pembinaannya telah siap sebelum 1 Januari 2025; dan
(d)
perjanjian jual beli unit komersial itu tidak boleh berhubung dengan unit komersial yang sama yang suatu perjanjian jual beli bagi unit komersial itu telah disempurnakan sebelum 1 Januari 2025 dan kemudiannya telah dibatalkan oleh individu yang sama.
(3)
Pihak
Berkuasa
Wilayah
Pembangunan
Iskandar hendaklah menentusahkan bahawa syarat yang disebut dalam subperenggan (2) telah dipatuhi.
P.U. (A) 272 4
(4)
Bagi maksud perenggan ini—
“Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar” ertinya pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007
[Akta 664];
“Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura” ertinya suatu kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam
Perjanjian
Zon
Ekonomi
Khas
Johor-Singapura antara
Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura yang ditandatangani pada 6 Januari 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Dibuat 13 Julai 2026
[MOF. 700-2/7/2290(S); LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-519; PN(PU2)159/JLD.39]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
P.U. (A) 272 5
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (INSTRUMENT OF LOAN OR FINANCING AGREEMENT IN RELATION
TO INDIVIDUAL) (JOHOR-SINGAPORE SPECIAL ECONOMIC ZONE) (REMISSION)
ORDER 2026