Seksyen 2
Peremitan
(1)
Menteri meremitkan empat puluh peratus daripada duti setem yang boleh dikenakan atas mana-mana surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang berhubungan dengan pembelian suatu unit komersial di Flagship A (Johor Bahru
Waterfront) atau Flagship B (Iskandar Puteri) yang terletak dalam Zon Ekonomi Khas
Johor-Singapura yang disempurnakan antara orang yang layak dengan—
(a)
suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
(b)
suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
(c)
suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
3
(d)
suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993
[Akta 502];
(e)
Borneo Housing Mortgage Finance Bhd. (Nombor Pendaftaran
Syarikat:
25457-V)
yang diperbadankan di bawah
Akta
Syarikat 2016 [Akta 777]; atau
(f)
Mutiara Mortgage & Credit Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran
Syarikat: 257663-T) yang diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 2016.
(2)
Surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
perjanjian jual beli unit komersial itu disempurnakan antara pemaju dengan orang yang layak;
(b)
perjanjian jual beli unit komersial itu disempurnakan mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2034;
(c)
perjanjian jual beli unit komersial adalah berhubung dengan suatu unit komersial yang pembinaannya telah siap sebelum 1 Januari 2025; dan
(d)
perjanjian jual beli unit komersial itu tidak boleh berhubung dengan unit komersial yang sama yang suatu perjanjian jual beli bagi unit komersial itu telah disempurnakan sebelum 1 Januari 2025 dan kemudiannya telah dibatalkan oleh orang yang layak yang sama.
(3)
Pihak
Berkuasa
Wilayah
Pembangunan
Iskandar hendaklah menentusahkan bahawa syarat yang disebut dalam subperenggan (2) telah dipatuhi.
4
(4)
Bagi maksud perenggan ini—
“orang yang layak” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia yang dinamakan dalam perjanjian jual beli;
“Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar” ertinya pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007
[Akta 664];
“Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura" ertinya suatu kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura antara Kerajaan
Malaysia dengan
Kerajaan
Republik
Singapura yang ditandatangani pada 6 Januari 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Dibuat 13 Julai 2026
[MOF. 700-2/7/2290(S); LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-521; PN(PU2)159/JLD.39]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
5
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (INSTRUMENT OF LOAN OR FINANCING AGREEMENT IN RELATION TO
QUALIFYING PERSON) (JOHOR-SINGAPORE SPECIAL ECONOMIC ZONE)
(REMISSION) ORDER 2026