Seksyen 2
Peremitan
(1)
Menteri meremitkan empat puluh peratus daripada duti setem yang boleh dikenakan atas mana-mana surat cara pindah milik yang berhubungan dengan suatu unit komersial di Flagship A (Johor Bahru Waterfront) atau Flagship B (Iskandar Puteri)
yang terletak dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang disempurnakan antara pemaju dengan seorang atau lebih individu.
(2)
Surat cara pindah milik yang disebut dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
perjanjian jual beli unit komersial itu disempurnakan antara pemaju dengan seorang atau lebih individu;
(b)
perjanjian jual beli unit komersial itu disempurnakan mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2034;
3
(c)
perjanjian jual beli unit komersial adalah berhubung dengan suatu unit komersial yang pembinaannya telah siap sebelum 1 Januari 2025; dan
(d)
perjanjian jual beli unit komersial itu tidak boleh berhubung dengan unit komersial yang sama yang suatu perjanjian jual beli bagi unit komersial itu telah disempurnakan sebelum 1 Januari 2025 dan kemudiannya telah dibatalkan oleh individu yang sama.
(3)
Pihak
Berkuasa
Wilayah
Pembangunan
Iskandar hendaklah menentusahkan bahawa syarat yang disebut dalam subperenggan (2) telah dipatuhi.
(4)
Bagi maksud perenggan ini—
“Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar” ertinya pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007
[Akta 664];
“Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura" ertinya suatu kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura antara
Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura yang ditandatangani pada 6 Januari 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Dibuat 13 Julai 2026
[MOF. 700-2/7/2290(S); LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-520; PN(PU2)159/JLD.39]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
4
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (INSTRUMENT OF TRANSFER IN RELATION TO INDIVIDUAL)
(JOHOR-SINGAPORE SPECIAL ECONOMIC ZONE) (REMISSION) ORDER 2026