Skip to content

Seksyen 2

Fi

of Perintah (Fi) Akuan Berkanun 1968

P.U. (A)In forceProvision 2 of 4
Seksyen 2

(1)

Seseorang yang membuat apa-apa akuan menurut peruntukan Akta hendaklah membayar kepada pegawai atau Pesuruhjaya yang mengambil akuan itu—

(a)

suatu fi sebanyak RM10.00 bagi tiap-tiap akuan yang dibuat; dan

(b)

suatu jumlah wang sebanyak RM10.00 bagi tiap-tiap ekshibit yang disebut dalam akuan itu.

(2)

Fi yang dibayar kepada pegawai awam yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah dikreditkan kepada hasil Kerajaan.