Seksyen 2
Pengecualian
of Perintah Institusi Kewangan Pembangunan (Export-Import Bank of Malaysia Berhad) (Pengecualian) 2026
(1)
Menteri mengecualikan Export-Import Bank of Malaysia Berhad
(Nombor Pendaftaran Syarikat: 357198-K) (“EXIM Bank”), suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan mempunyai pejabat berdaftarnya di Aras 15, EXIM Bank, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur daripada pemakaian subseksyen 28(3A) Akta bagi maksud memberikan Surat Kredit untuk
Modal Kerja Tetap (Nombor Rujukan: EXIMLC25055, EXIMLC25056, EXIMLC25057,
EXIMLC25058,
EXIMLC25059,
EXIMLC25060,
EXIMLC25061,
EXIMLC25062,
EXIMLC25063, EXIMLC25064, EXIMLC25065 dan EXIMLC25066) kepada Lumut Naval
Shipyard Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran Syarikat: 199001007732 [199302-K]).
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) berkuat kuasa selama tempoh yang dinyatakan dalam Surat Kredit yang ditandatangani oleh EXIM Bank dan hendaklah terpakai bagi Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd., suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 yang syernya dimiliki sepenuhnya secara tidak langsung oleh seorang anggota EXIM Bank yang merupakan Menteri Kewangan
(“Perbadanan”) yang diperbadankan di bawah subseksyen 3(1) Akta Menteri Kewangan
(Pemerbadanan) 1957 [Akta 375].
P.U. (A) 324 3
Dibuat 8 September 2026
[MOF.SID(R)700-1/1/30 JLD. 3 (2); PN(PU2)625/III]
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
P.U. (A) 324 4
DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002
DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS
(EXPORT-IMPORT BANK OF MALAYSIA BERHAD) (EXEMPTION) ORDER 2026