Seksyen 2
Pemberikuasaan untuk memungut tol
(1)
EKVE Sdn. Bhd. diberi kuasa bagi tempoh dari 25 Oktober 2025
hingga 11 Februari 2065 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama di plaza tol yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual itu, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Lembah Klang Timur yang bermula dari kilometer 0.00
di koordinat U -73360.788, T 34660.310 Geosentrik Datum Malaysia (GDM2000) dan berakhir di kilometer 16.78 di koordinat U -58391.875, T 33186.605 Geosentrik Datum
Malaysia (GDM2000), termasuk Persimpangan Bertingkat Sungai Long, Plaza Tol
Sungai Long, Persimpangan Bertingkat Bandar Mahkota Cheras, Plaza Tol Bandar
Mahkota Cheras, Persimpangan Bertingkat Hulu Langat, Plaza Tol Hulu Langat,
Persimpangan Bertingkat Ampang, Plaza Tol Ampang dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 16.78 kilometer.
(2)
Jalan yang dinyatakan dalam subperenggan (1) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam