Skip to content

Seksyen 2

Pemberikuasaan untuk memungut tol

of Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Lebuh Raya Senai-Pasir Gudang-Desaru) 2011

P.U. (A)In forceProvision 2 of 5
Seksyen 2
(1)

Senai-Desaru Expressway Berhad diberi kuasa bagi tempoh dari 10 Julai 2011

hingga 17 Julai 2038 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan seperti yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual Pertama mengikut tahun-tahun konsesi yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama, bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Senai-Pasir Gudang-Desaru yang bermula-

(a)

dari kilometer 0.00 Lebuh Raya Senai-Pasir Gudang-Desaru di koordinat

T 9682.543, U -46983.064 Grid Cassini Negeri Johor, dan berakhir di kilometer 69.50 di koordinat T 71212.011, U -51148.459 Grid Cassini

Negeri

Johor, termasuk

Persimpangan

Bertingkat

Utama

Senai,

Persimpangan Bertingkat Bandar Senai, Plaza Tol Masuk/Keluar Senai,

Persimpangan Bertingkat Ulu Tiram, Plaza Tol Masuk/Keluar Ulu Tiram,

Persimpangan Bertingkat Cahaya Baru, Lintasan Sungai Johor, Plaza Tol

Masuk/Keluar

Penawar,

Persimpangan

Penawar dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 69.50 kilometer; dan

P.U. (A) 231 3

(b)

dari kilometer 0.00 (PGC) Lebuh Raya Senai-Pasir Gudang-Desaru di koordinat T 44365.578, U -64261.849 Grid Cassini Negeri Johor, dan berakhir di kilometer 7.70 (PGC) di koordinat T 44871.636, U -56876.604

Grid Cassini Negeri Johor, termasuk Persimpangan Bertingkat Pasir

Gudang, Plaza Tol Masuk/Keluar Cahaya Baru, Persimpangan Bertingkat

Cahaya

Baru dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 7.70 kilometer, oleh kelas-kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual Pertama.

(2)

Jalan-jalan yang dinyatakan dalam subperenggan (1) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam Jadual

Kedua.