Skip to content

Seksyen 2

Perisytiharan jalan sebagai jalan Persekutuan

of Perintah Jalan Persekutuan (Lebuh Raya Lembah Klang Selatan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 2 of 3
Seksyen 2

(1)

Bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Lembah Klang Selatan yang bermula dari kilometer 0.00 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan

(di koordinat

U 329697.903, T 414938.347 Grid Rectified Skew Orthomorphic (RSO)) dan berakhir di kilometer 32.89 (di koordinat U 320499.948, T 386524.275 Grid Rectified Skew

Orthomorphic (RSO)) (kedua-dua jarak diukur dari Persimpangan Bertingkat UNITEN), termasuklah Persimpangan Bertingkat Putrajaya, Persimpangan Bertingkat Wetland,

Persimpangan Bertingkat SKVE, Plaza Tol Masuk/Keluar Ayer Hitam, Persimpangan

Bertingkat SKVE Saujana Putra, Plaza Tol Masuk/Keluar SKVE Saujana Putra,

Persimpangan Bertingkat Teluk Panglima Garang dan Plaza Tol Masuk/Keluar Teluk

Panglima Garang, iaitu suatu jarak sepanjang 32.89 kilometer diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan.

(2)

Jalan yang diisytiharkan sebagai jalan

Persekutuan di bawah subperenggan (1) ditunjukkan dalam peta dalam Jadual.

Pembatalan