Seksyen 4
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]
of Perintah Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) (Peremitan Cukai dan Duti Setem) 2020
oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Sukuk Murabahah dan jaminan Sukuk Murabahah hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
Prasarana Malaysia Berhad yang baginya Akta Jaminan Pinjaman
(Pertubuhan Perbadanan) 1965 terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan
Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (Syarikat Prasarana
Negara Berhad) 2001 [P.U. (A) 351/2001];
(b)
mana-mana pemegang Sukuk Murabahah; atau
(c)
mana-mana pihak kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Sukuk Murabahah dan jaminan Sukuk
Murabahah, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem