Seksyen 3
Peremitan cukai
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] oleh —
(a)
DanaInfra Nasional Berhad, mana-mana pembiaya Kemudahan RC-i atau mana-mana pihak lain berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Kemudahan RC-i dan jaminan;
(b)
DanaInfra Nasional Berhad atau mana-mana pemegang Kertas Komersial
Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam atau mana-mana pihak lain berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program ICP dan IMTN dan jaminan; atau
(c)
mana-mana pihak yang perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan pembiayaan yang diperoleh oleh DanaInfra Nasional
Berhad di bawah Perintah ini dipindahkan atau diserahhakkan, hendaklah diremitkan sepenuhnya.