Seksyen 4
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
of Perintah Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) (Peremitan Cukai dan Duti Setem) (No. 4) 2018
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Sukuk Murabahah dan jaminan Sukuk Murabahah hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
MyHSR Corporation Sdn. Bhd. yang baginya Akta Jaminan Pinjaman
(Pertubuhan Perbadanan) 1965 terpakai menurut kuasa Perintah Jaminan
Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan) (MyHSR Corporation
Sdn. Bhd.) 2018 [P.U. (A) 55/2018];
(b)
mana-mana pemegang Sukuk Murabahah; atau
(c)
mana-mana pihak kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Sukuk Murabahah dan jaminan Sukuk
Murabahah, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem