Skip to content

Seksyen 5

of Perintah Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) (Pindaan) 1997

P.U. (A)In forceProvision 5 of 34

Seksyen 5

(1)

Jika seseorang pelajar dikehendaki menghadiri latihan amali atau pengajaran-pengajaran lain berhubungan dengan kursus pengajiannya, pelajar itu hendaklah menghadiri latihan amali atau pengajaran-pengajaran itu, melainkan jika dia mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan di mana latihan itu dijalankan dan melainkan jika hal keadaan tidak mengizinkan pelajar itu untuk mendapatkan kebenaran itu terlebih dahulu dan ada sebab atau alasan yang munasabah kerana tidak hadir dan dalam hal yang demikian dia hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh kemudiannya memberikan secara bertulis kepada Ketua Jabatan itu dengan memuaskan hati Ketua Jabatan itu, sebab-sebab dia tidak hadir dan mendapatkan kelulusan secara bertulis mengenainya.

(2)

Semasa menjalani latihan amali, seseorang pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan atau arahan-arahan tempat di mana latihan itu dijalankan dan juga peraturan-peraturan dan arahan-arahan Institusi.

(3)

Jika sekiranya ada apa-apa yang berlawanan atau bercanggahan antara peraturan-peraturan Institusi dengan peraturan-peraturan tempat di mana latihan dijalankan, maka peraturan-peraturan Institusi hendaklah terpakai.

Pakaian dan penampilan diri.