Seksyen 75
of Perintah Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) (Pindaan) 1997
Seksyen 75
Tiap-tiap pelajar hendaklah memberi kepada Ketua Eksekutif alamat kediamannya atau apa-apa perubahan alamat itu yang akan menjadi alamatnya bagi maksud menyampaikan kepadanya apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki disampaikan di bawah Kaedah-Kaedah ini atau bagi maksud memberitahunya mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan Kaedah-Kaedah ini.
(2)
Apa-apa dokumen, notis atau apa-apa komunikasi yang ditinggalkan di, atau diposkan melalui pos biasa ke alamat bagi penyampaian yang diberikan di bawah subkaedah (1) hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu dengan sewajarnya kepada pelajar itu."
Dibuat 30 Disember 1997.
[KP (PUU) S 10075/07/10; PN. (PU $ ^{2} $ ) 365.]
EDUCATIONAL INSTITUTIONS (DISCIPLINE) ACT 1976
EDUCATIONAL INSTITUTIONS (DISCIPLINE OF STUDENTS) RULES (AMENDMENT) ORDER 1997