Seksyen 2
Kaedah baru 7a
of Perintah Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) (Pindaan) 2007
Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 yang terdapat dalam Jadual Kedua kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib)
1976, yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 7 kaedah yang berikut:
“Kelakuan semasa peperiksaan 7a. Tiada pelajar boleh—
(a)
mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain, kecuali yang diberi kuasa oleh pemeriksa, ke dalam atau ke luar dari sesuatu bilik peperiksaan, atau menerima apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa dalam bilik peperiksaan, kecuali seseorang pelajar boleh, semasa dia di dalam bilik peperiksaan, menerima daripada pengawas peperiksaan apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain yang telah disyorkan oleh pemeriksa atau Lembaga Pemeriksa, dan diberi kuasa oleh
Naib Canselor;
(b)
menulis, atau telah menulisnya melalui orang lain, apa-apa maklumat atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana-mana bahagian lain tubuh badannya, atau di atas pakaiannya;
(c)
berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan melalui apa-apa jua cara; atau
(d)
menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam sesuatu peperiksaan, semasa peperiksaan itu sedang dijalankan.”.