Seksyen 2
Duti anti-lambakan
of Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula Pentadbiran) 2023
(1)
Duti anti-lambakan hendaklah dilevi terhadap dan dibayar oleh pengimport berkenaan dengan barang-barang yang dinyatakan dalam ruang (1)
dan (2) Jadual yang dieksport dari negara yang dinyatakan dalam ruang (3)
ke dalam Malaysia oleh pengeluar atau pengeksport yang dinyatakan dalam ruang (4)
pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (5).
(2)
Walau apa pun subperenggan 2(1), duti anti-lambakan tidak dikenakan ke atas barang-barang yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) Jadual yang dieksport dari—
(a)
Republik Korea oleh pengeluar atau pengeksport Hyundai
BNG Steel Co., Ltd. dan Hyundai Steel Company; dan
(b)
Chinese Taipei oleh pengeluar atau pengeksport Chia Far
Industrial Factory Co., Ltd. dan Yieh United Steel Corporation.
P.U. (A) 225 3