Seksyen 2
Pindaan Jadual
of Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (Pindaan) (No. 2) 2026
Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2023 [P.U. (A) 27/2023]
dipinda dalam Jadual—
(a)
berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri—
(i)
dengan memasukkan selepas butiran “Unit Penyelarasan Lonjakan
Prestasi
(PACU)”
dalam ruang
“Jabatan/Perkara”
butiran
“Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas)”;
(ii)
dengan memotong butiran “Unit Transformasi Masyarakat India
Malaysia (MITRA)” dalam ruang “Jabatan/Perkara”; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas butiran “Akta Profesion Guaman
Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 [Akta 814]” dalam ruang “Jabatan/Perkara”
butiran
“Akta Iltizam Kecekapan
Perkhidmatan Kerajaan 2025 [Akta 867]”;
(b)
berkenaan dengan Kementerian Kewangan—
(i)
dengan memasukkan selepas butiran “Malaysia Venture Capital
Management Berhad (MAVCAP)” dalam ruang “Jabatan/Perkara”
butiran “Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)”;
(ii)
dengan memasukkan selepas butiran “Export-Import Bank of
Malaysia Berhad (EXIM Bank)” sebagaimana yang dipinda dalam ruang “Jabatan/Perkara” butiran “Bank Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)”;
(iii)
dengan memasukkan selepas butiran “Bank Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)” sebagaimana yang dipinda dalam ruang “Jabatan/Perkara” butiran “Suruhanjaya
Kredit Pengguna (SKP)”;
P.U. (A) 325 4
(iv)
dalam teks bahasa Inggeris, dalam butiran “Asian Infrastructure
Investment
Bank 2017
[Act 786]”
dalam ruang
“Department/Subject”, dengan memasukkan selepas perkataan
“Asian Infrastructure Investment Bank” perkataan “Act”; dan
(v)
dengan memasukkan selepas butiran “Akta Bank Pelaburan
Infrastruktur Asia 2017 [Akta 786]” dalam ruang “Jabatan/Perkara”
butiran “Akta Kredit Pengguna 2025 [Akta 873]”;
(c)
berkenaan dengan Kementerian Ekonomi—
(i)
dengan memotong butiran “Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS)"
dalam ruang “Jabatan/Perkara”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas butiran “Akta Perangkaan 1965
[Akta 415]”
dalam ruang
“Jabatan/Perkara”
butiran
“Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025
[Akta 870]”;
(d)
berkenaan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, dengan memotong butiran “Export-Import Bank of Malaysia Berhad
(EXIM Bank)” dalam ruang “Jabatan/Perkara”;
(e)
berkenaan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Kos Sara Hidup—
(i)
dengan memasukkan selepas butiran “Perbadanan Harta Intelek
Malaysia (MyIPO)” dalam ruang “Jabatan/Perkara” butiran
“Perbadanan Nasional Berhad (Pernas)”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas butiran “Akta Petunjuk Geografi 2022
[Akta 836]”
dalam ruang
“Jabatan/Perkara”
butiran
“Akta Francais 1998 [Akta 590]”;
P.U. (A) 325 5
(f)
berkenaan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi—
(i)
dengan memotong butiran “Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana
Malaysia Berhad (SME BANK)” dalam ruang “Jabatan/Perkara”;
(ii)
dengan memotong butiran “Perbadanan Nasional Berhad (Pernas)”
dalam ruang “Jabatan/Perkara”; dan
(iii)
dengan memotong butiran “Akta Francais 1998 [Akta 590]”
dalam ruang “Jabatan/Perkara”;
(g)
berkenaan dengan Kementerian Belia dan Sukan, dengan memasukkan selepas butiran “Impact Integrated” dalam ruang “Jabatan/Perkara”
butiran “Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB)”; dan
(h)
berkenaan dengan Kementerian Sumber Manusia, dengan memasukkan selepas butiran “Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)”
dalam ruang “Jabatan/Perkara” butiran “Unit Transformasi Masyarakat
India Malaysia (MITRA)”.
Dibuat 11 September 2026
[BKPP.R.700-2/1/1 JLD. 17; PN(PU2)18/JLD.42]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI SHAMSUL AZRI BIN ABU BAKAR
Setiausaha Jemaah Menteri
P.U. (A) 325 6
MINISTERIAL FUNCTIONS ACT 1969
MINISTERS OF THE FEDERAL GOVERNMENT (AMENDMENT) (NO. 2) ORDER 2026