Seksyen 2
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang disebut “Akta ibu”
of Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan Jadual 3 dan 4) 2009
dalam Perintah ini dipinda dalam Jadual 3, dengan menggantikan perenggan 10 dengan perenggan yang berikut:
“10. Mana-mana orang yang menjalankan aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti bagi—
(a)
akaunnya sendiri atau bagi perbadanan yang berhubungannya melalui seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti; atau
(b)
akaunnya sendiri atau bagi akaun pelanggannya melalui bank berlesen bagi maksud pemberian pinjaman sekuriti di bawah apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 377(1).”.