Seksyen 2
Pengecualian
of Perintah Pasport (Pengecualian Visa Kepada Ekspatriat Warganegara India) 2017
Menteri mengecualikan ekspatriat yang merupakan warganegara India yang bekerja di luar India kecuali di Singapura daripada kehendak visa di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
ekspatriat itu hendaklah berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik dan pendaftaran itu boleh dibuat—
(i)
oleh ekspatriat itu sendiri; atau
(ii)
bagi pihak ekspatriat itu, oleh agensi pelancongan yang berdaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara;
(b)
ekspatriat itu hendaklah melakukan perjalanan dalam tempoh tiga bulan selepas dia berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik;
3
(c)
tempoh lawatan ekspatriat itu terhad kepada lima belas hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan;
(d)
ekspatriat itu hendaklah memasuki dan keluar dari Malaysia hanya melalui pintu masuk yang dibenarkan seperti yang berikut:
(i)
melalui udara—
U21A Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,
Sepang;
U05 Lapangan Terbang Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau
Pinang;
U15 Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor;
U17 Lapangan Terbang Kuching, Bahagian Pertama,
Sarawak;
U29 Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah;
U02 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi,
Kedah;
(G)
U14 Lapangan Terbang Melaka, Batu Berendam, Melaka;
(H)
U16 Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan; atau
(I)
U23 Lapangan Terbang Miri, Bahagian Keempat, Sarawak; atau 4
(ii)
melalui darat—
D11 Bangunan Sultan Iskandar, Johor;
D12A Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar,
Tanjung Kupang, Johor;
D01 Padang Besar, Perlis;
D06 Bukit Kayu Hitam, Kedah;
D20 Sungai Tujoh, Miri, Sarawak; atau
D22A
Pos
Kawalan
Imigresen
Tedungan,
Limbang,
Sarawak;
(e)
ekspatriat itu tidak dibenarkan untuk memohon apa-apa pas lain di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [L.N. 228/1963];
(f)
ekspatriat itu hendaklah mempunyai tiket penerbangan perjalanan ke Malaysia dan balik ke India atau ke mana-mana negara jika ekspatriat itu melakukan perjalanan melalui udara;
(g)
ekspatriat itu hendaklah mengemukakan maklumat pekerjaan, bidang perniagaan, profesional atau teknikal, dan pas jangka panjang dari mana-mana negara tempat ekspatriat itu bekerja;
(h)
ekspatriat itu hendaklah, semasa ketibaan, mengemukakan bukti bahawa dia mempunyai wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad bank, dan mengemukakan jadual perjalanannya di Malaysia; dan 5
(i)
ekspatriat itu dibenarkan untuk mendaftar semula untuk memasuki
Malaysia selepas tempoh tiga bulan dari tarikh dia meninggalkan
Malaysia.
Dibuat 29 Mac 2017
[KDN(S):IM 03/208/4 Jld 3; PN(PU2)482/II]
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Dalam Negeri
6
PASSPORTS ACT 1966
PASSPORTS (EXEMPTION OF VISA TO EXPATRIATE WHO IS CITIZEN OF INDIA)
ORDER 2017